Friday, 25 April 2014

Sinar Harian, Isnin April 201
m/s 24

Perkobf sedia bantu mangsa

SHAH ALAM - Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (Perkobf) sedia membantu menyambung semua projek perumahan yang terbengkalai bagi meringankan beban pembeli yang terpaksa membayar ansuran bulanan kepada bank.
   Presidennya, Tukiman Radion berkata, pihaknya sedia membantu jika ada projek perumahan yang terbengkalai kerana faham dengan bebanan yang terpaksa ditanggung pembeli rumah.
TUKIMAN
   "Kita sedia bantu, kita faham pembeli rumah terpaksa membayar ansuran pinjaman rumah kepada bank walaupun rumah yang dijanjikan tiada. Kita boleh sambung semua projek perumahan yang terbengkalai itu, tetapi pembeli terpaksa keluarkan modal sedikit,"katanya kepada Sinar Harian.
   Menurutnya, pemaju perumahan sepatutnya mengikut segala syarat yang digariskan Kementerian Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan begi memudahkan mereka memiliki sijil layak menduduki (CF).
   "Pemaju perumahan tidak sepatutnya lepas tangan dalam hal ini kerana mereka yang bertanggungjawab dalam memohon CF itu, bukan tanggungjawab pembeli rumah.
   "Ini juga bagi memastikan keselamatam pembeli rumah terjamin selepas mereka menduduki rumah yang mereka beli itu,"tegasnya.
   Beliau turut tidak menafikan terdapat pemaju yang sambil lewa dalam memohon CF malah ada yang tidak mematuhi garis panduan kementerian hingga menyebabkan projek perumahan yang dibangunkan terbengkalai.
   "Ini adalah tanggungjawab pemaju, mereka tidak sepatutnya menjadikan pembeli rumah sebagai mangsa.
   "Kasihan pada mereka yang membayar ansuran pinjaman setiap bulan, rumah tidak siap-siap,"katanya.

Thursday, 24 April 2014

Sinar Harian, Isnin 21 April 2014
m/s 24

Ada CF layak jual rumah

Pemaju perlu patuhi syarat utama sebelum menjual kepada pembeli

SHAH ALAM - Kementerian Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak akan teragak-agak menyenaraihitamkan pemaju perumahan yang gagal memenuhi syarat sijil layak menduduki (CF) kerana ia merupakan syarat utama sebelum layak menjual rumah kepada pembeli.
   Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, CF merupakan syarat paling asas kepada pemaju dan wajib mendapatkan CF kerana iamerupakan ciri keselamatan utama bagi memastikan keselamatan pembeli rumah terjamin.

ABDUL RAHMAN
   "CF itu penting...tidak sesukar mana pun nak mohon, kenapa ada pemaju yang ambil mudah perkara sedangkan ia melibatkan keselamatan pembeli rumah.
   "Ini termasuklah kerjasama dari pemaju rumah bersama bomba sebagai contoh sesebuah rumah itu mesti ada laluan keselamatan jika berlaku kecemasan," katanya kepada Sinar Harian.
   Menurutnya, terdapat kalangan pemaju yang tidak faham undang-undang mengenai pentingnya CF dam menyebabkan sesetengah projek perumahan akhirnya terbengkalai.
   "Sekali lagi saya tegaskan, CF ini penting dan pemaju perumahan tidak boleh jadikan alasan sukar mendapat CF jika gagal menyiapkan sesebuah projek perumahan itu,"tegasnya.
   Tambah beliau, kepentingan CF ini juga penting bagi memastikan pembeli tidak mengalami kerugian kerana jika sesebuah projek perumahan itu gagal disiapkan, pembeli akan tanggung pelbagai masalah dan bebanan.
   "Kita juga mahu nasihatkan pembeli...jika mahu membeli rumah, kena pastikan latar belakang dan reputasi pemaju peromahan itu terlebih dahulu.
   "Kalau mereka memang ada latar belakang membangunkan projek perumahan yang baik, tidak menjadi masalah.
   "Kita tidak mahu pembeli membeli rumah daripada  pemaju yang baru saja bertapak dalam bidang ini. Dikhuatiri rumah yang mahu mereka beli itu terbengkalai kerana pemaju tiada pengalaman,:ujarnya.

Tuesday, 22 April 2014

Sinar Harian, Isnin 21 April 2014
m/s 24
INFO - Panduan beli rumah

Jika menyimpan hasrat untuk membeli rumah sendiri dan ini merupakan rumah pertama, jangan terlalu gopoh sebaliknya ikuti prosedur pembelian rumah terlebih dahulu bagi mengelak kerugian pada masa depan.

Rumah masih dalam pembinaan:

* Sila periksa latar belakang pemaju.
* Jangan takut untuk bertanyakan pelbagai soalan kepada pemaju.
* Pemaju yang mempunyai rekod baik akan mengurangkan risiko projek terbengkalai.
* Pastikan pemaju mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh    
   Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
* Pastikan pemaju mempunyai permit sah pengiklanan dan jualan yang dikeluarkan oleh penguatkuasa tempatan.

Rumah telah siap untuk dijual;

* Sila dapatkan nilai pasaran bagi rumah yang serupa di kawasan    yang sama.
* Bertemu perunding hartanah untuk bantuan.

Apa perlu buat jika rumah terbengkalai:

* Anda masih perlu membayar semula pinjaman anda kepada     institusi perbankan. Terma dan syarat perjanjian pembiyaian tiada hubung kait dengan penyiapan projek perumahan tersebut.
* Segera rujuk kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk bantuan.
Sinar Harian, Isnin 21 April 2014
m/s 41
Kawal projek terbengkalai

SHAH ALAM - Kerajaan negeri memperkenalkan beberapa dasar baru bagi memastikan perlaksanaan projek terbengkalai tidak berulang lagi di Selangor.
   Exco Perumahan, Pengurusa Bangunan Dan Peneroka Bandar Iskandar Abdul Samad berkata, pihaknya melalui kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meningkatkan penguatkuasaan di bawah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) melalui pemantauan enam bulan sekali.
   Menurutnya pemaju diwajibkan menghantar Borang 7F bagi memaklumkan status terkini kedudukan projek yang sedang dibina.
   "Pihak berkuasa tempatan (PBT) juga perlu memantau secara dekat Jadual Kedua Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 yang menghendaki pemaju untuk mengemukakan borang-borang A,B,C,D dan E kepada PBT.
   "Salinan borang-borang berkenaan perlu dikemukakan kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bagi tujuan pemantauan. Dengan mengemukakan salinan-salinan borang.
  
ISKANDAR
   "LPHS akan dapat mengenal pasti sekiranya berlaku masalah terhadap sesebuah projek dan tindakan awal akan dapat dijalankan,"katanya kepada Sinar Harian.

   Sehubungan itu katanya, pemaju dikehendaki berdaftar dengan LPHS sekiranya ingin membuat sebarang pembangunan perumahan dalam tempoh 30 hari dari tarikh kebenaran merancang yang dilakukan PBT.
   Selain itu katanya, mereka dikehendaki mengemukakan laporan status projek berserta perjalanan kerja bagi setiap projek pembangunan di Selangor bagi tujuan pemantauan dan setiap projek dijalankan mengikut jadual.
   "Melalui sistem pendaftaran pemaju ini, LPHS juga akan bertindak sebagai 'one stop centre' di mana semua maklumat dikumpulkan dan diedarkan kepada PBT dan KPKT sebagai sistem amaran awalan sekiranya berlaku projek terbengkalai.
   "Kita akan mengadakan lawatan ke tapak projek akan dijalankan dari masa ke semasa bersama pihak perunding projek dan PBT sekiranya projek itu menunjukkan ciri-ciri projek akan bermasalah,"katanya.
   Jelasnya, konsep "Bina dan Jual" sedang dilaksanakan dengan lebih meluas demi melindungi rakyat daripada dianiaya oleh pemaju.
   "Melalui konsep ini masalah projek terbengkalai tidak akan berulang,"katanya.
   Iskandar berkata, bagi tempoh Mac 2008 hingga Oktober 2013 sebanyak 42 buah projek dari keseluruhan 140 projek perumahan terbengkalai di negeri Selangor telah berjaya diselesaikan oleh kerajaan negeri.
   Daripada jumlah keseluruhan 42 projek katanya, separuh daripadanya adalah projek yang tidak berlesen.
   "Walaupun bidang kuasa kerajaan negeri terhad dalam memulihkan projek terbengkalai yang mana kuasa ini terletak di bawah  KPKT melalui  Akta Pemaju Perumahan (Kawalanan dan Pelesenan) 1966, dari Mac 2008 sehingga 31 Oktober 2013 Kerajaan Negeri telah berjaya menyelesaikan sebanyak 42 projek terbengkalai yang melibatkan 19,958 unit,"katanya.
   Bagi mengelakkan diri menjadi mangsa projek terbengkalai jelasnya, pembeli hendaklah memastikan pemaju yang dipilih mempunyai lesen pemaju perumahan daripada Kementerian Perumahan.
   "Kerajaan negeri menerusi LPHS boleh mengeluarkan surat mengesahkan sesuatu projek itu terbengkalai supaya pembeli boleh membawa kepada pihak perbankan untuk mendapatkan pengurangan ansuran pinjaman.
  

Monday, 21 April 2014


Sinar Harian,  Isnin 21 April 2014
m/s 42
Masih Menanti Kunci Diserahkan

PUNCAK ALAM - Rumah sudah lama siap tetapi sampai sekarang masih tidak boleh diduduki. Itu situasi dialami pembeli rumah teres setingkat di Alam Perdana, dekat sini yang lebih 10 tahun menanti.
   Entah di mana silapnya, pembeli yang tertunggu-tunggu kunci rumah terpaksa pula melalui satu perjanjian baru yang semakin menyusahkan.
   Isaac Nathan, 60, dan pembeli lain mempertikai tindakan mengarah menukar perjanjian jual beli.
   "Kalau tukar perjanjian jual beli, hak pembeli untuk tuntut pampasan lebih kurang RM100,000 sehingga RM150,000 akan terlepas
   "Saya kecewa masalah ini belum selesai sedangkan kerajaan negeri sudah ambil alih 423.252 hektar kononnya mahu jaga peneroka dan pembeli Alam Perdana,"katanya.
   Isaac yang turut membangkitkan isu sama kepada Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor (JP Abbas) menjelaskan, pelbagai persoalan timbul termasuk dana RM33 juta dikatakan untuk baik pulih rumah.
   "Saya tengok rumah kami dah cukup sempurna dah siap 90 peratus. Bukti ada dalam lampiran surat bertarikh 13 Mei 2011. Sebab itu saya hairan, ada duit RM33 juta kata untuk baiki rumah kami. Sebab itu saya laporkan pada SPRM.
Isaac menunjukkan surat yang dipanjangkan kepada semua pihak termasuk JP Abbas Untuk pembelaan.
   "Saya sudah bangkitkan isu ini kepada JP Abbas, mereka akan panggil untuk beri keterangan selepas sidang Dun April selepas notis dikeluarkan. Tengok sampai sekarang masih belum dipanggil,"katanya.
   Isaac berkata, rata-rata pembeli yang turut kehendak kerajaan negeri dengan menandatangani perjanjian baru masih ternanti-nanti kunci rumah yang dijanjikan, malangnya sehingga kini masih tiada berita.
   "Kos lebih RM5,000 sudah keluar, kunci masih tak dapat tapi kunci rumah peneroka sudah diberi awal. Kenapa tidak beri serentak. Dulu janji nak bagi semua tapi sekarang hanya beri kepada peneroka,"katanya.
   Sebelum ini, lebih 1,000 pembeli rumah Alam Perdana memohon supaya Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menyegerakan penyerahan kunci seperti yang dijanjikan sebelum ini.
   Wakil pembeli, Kapten (B) Amiruddin Abdullah,55, berkata, hanya MB boleh membantu menyelesaikan masalah kegagalan penyerahan kunci kepada 1,116 pembeli.

  

Rumah sudah siap tapi pembeli rumah unit setingkat di Alam Perdana masih gagal mendiami rumah mereka.

   Alasan yang diberi isu yang timbul antara Permodalan Nasional Selangor Bhd (PNSB) dengan Indah Water Konsortium (IWK) membabitkan spesifikasi pembentungan di kawasan perumahan itu sahaja.
   Hasil rujukan di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) mendapati, masalah yang timbul adalah disebabkan isu pembentungan yang sehingga kini masih belum menerima sekarang kata putus sehingga mengakibatkan pembeli menunggu lama.
   Pada 28 April 2012 lalu, hanya seramai 309 peneroka menjadi kumpulan pertama dipanggil untuk menerima kunci rumah dan hak pemilikan tanah di Alam Perdana itu manakala pembeli akan dipanggil secara berperingkat.

Tiada bayang langsung!

   LAIN pula cerita pembeli Projek Pembesaran Kampung Taman Desa Kerayong Indah yang belum ada tanda untuk dimajukan semula selepas terbengkalai sejal 20000.
   Projek yang masih tersenarai didalam Projek Terbengkalai Dalam Pentadbiran Majlis Daerah Kuala Selangor itu masih tiada tindakan daripada mana-mana pihak, malah didakwa masih menunggu keputusan kerajaan negeri untuk tindakan selanjutnya.
   Sinar Harian difahamkan, projek yang hanya siap 47 peratus itu masih belum sempurna dari segi kemudahan infra, bekalan elektrik dan tangki najis berikutan pemaju mengalami masalah kewangan.
   Sebelum ini, projek di bawah Pemantauan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) itu memerlukan persetujuan pembeli terlebih dahulu jika kontraktor lain bercadang pulihkan projek itu.
   Kontraktor yang mampu dengan kos sendiri dan mampu untuk memulihkannya juga perlu membuat permohonan kepada MDKS dan LPHS untuk tindakan lanjut.

Wednesday, 16 April 2014

Kosmo, Rabu 16 April 2014
Infiniti m/s 33

 Aplikasi Pinjaman Perumahan

Maklumat tentang pinjaman perumahan dan segala urusan yang berkaitan dengan pembelian hartanah bukan sahaja menarik minat pembeli berpengalaman malah pembeli rumah kali pertama juga pasti tercari-cari kaedah termudah bagi membantu mereka membuat keputusan.
   Meraka yang bercadang untuk membeli kediaman boleh memuat turun aplikasi Malaysia Home Loan Calculator daripada Apps Store ke gajet masing-masing bagi mendapatkan anggaran kasar kos yang perlu diperuntukkan sebelum bertemu dengan pihak pemaju.
   Aplikasi kalkulator pinjaman perumahan ini dilengkapi dengan syarat dan peraturan terkini yang dikuatkuasakan di Malaysia serta direka untuk pembeli rumah tempatan atau pelabur hartanah asing membuat rujukan.
   Ia merupakan aplikasi yang pertama berkonsepkan semua dalam satu yang boleh digunakan di luar talian atau tanpa internet. Kemudahan yang dimaksudkan termasuk pengiraan bayaran semula pinjaman, jadual melunaskan pinjaman menurut tahun dan bulan, yuran guaman, perjanjian jual beli, perjanjian pinjaman pengiraan duti setem serta pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
   Selain itu, ia turut menyediakan berita hartanah terkini untuk rujukan pengguna. Aplikasi yang dibangunkan oleh Agmo Studio Sdn. Bhd. ini memerlukan sistem operasi iPhone 5.0 atau ke atas dan boleh dimuat turun ke telefon pintai iPhone, iPad dan IPod Touch sahaja.
   Rata-rata pengguna yang telah menggunakan aplikasi ini berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan kerana ia membantu mereka merancang kewangan dan jumlah bayaran yang diperlukan ketika membeli hartanah. Selain iti, ejen hartanah turut menggunakan aplikasi ini bagi menjimatkan masa untuk melakukan pengiraan berbanding kaedah manual yang digunakan sebelum ini.



Tuesday, 15 April 2014

Gambar - Gambar Ruangan Dalam Pangsapuri Alam Perdana,Bandar Puncak Alam

Gambar - Gambar Ruangan Dalam Pangsapuri Alam Perdana,Bandar Puncak Alam Diambil pada hari Ahad, 30.03.2014


















Monday, 14 April 2014


SPNB Sasar Siap Projek Bandar Alam Perdana Sebelum Akhir Tahun

Diterbitkan: Khamis 14 Jul, 2011

KUALA LUMPUR: Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dijangka mampu menyiapkan projek membaik pulih rumah terbengkalai di Bandar Alam Perdana, Ijok, Selangor, pada kos keseluruhan RM173 juta, sebelum akhir tahun ini.
Pengarah Urusannya Datuk Kamarul Rashdan Salleh berkata projek berkenaan, yang melibatkan 2,500 unit rumah terbengkalai, telah mencapai 92 peratus tahap disiapkan dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan November.
"Bagaimana pun, terdapat isu yang perlu diberi perhatian iaitu proses pengambilalihan tanah bagi projek tersebut oleh Kerajaan Negeri Selangor yang masih tertangguh sejak Januari 2010," katanya pada sidang media khas Program Pemulihan Rumah Terbengkalai di sini Khamis.
Sehingga kini, katanya SPNB telah menyiapkan 82 projek yang melibatkan 24,856 unit rumah terbengkalai dengan melibatkan kos RM557 juta.
Jumlah itu bersamaan dengan 32 peratus daripada 258 buah projek yang melibatkan 74,744 unit rumah terbengkalai dengan nilai pembangunan RM4.5 bilion yang telah dikenal pasti oleh Kerajaan Persekutuan di seluruh negara, katanya.
Katanya negeri Selangor mencatatkan kadar projek terbengkalai tertinggi di mana SPNB telah dan sedang membaik pulih 15 buah projek yang melibatkan 6,024 unit rumah dengan kos RM250 juta.
SPNB, yang diperbadankan pada 21 Ogos 1997, merupakan anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan yang ditubuhkan untuk menyediakan rumah mampu mulik yang berkualiti untuk rakyat Malaysia selaras dengan Objektif Perumahan Negara.
SPNB juga merupakan syarikat yang dilantik oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membaik pulih projek perumahan terbengkalai di seluruh negara bermula Mac 2001.- BERNAMA

  sumber : http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2011/7/14/mstar_berita/20110714172822

LPHS bantu pembeli rumah

Sunday, May 15, 2011

RM40 Juta Siapkan Rumah Terbengkalai Di Alam Perdana, Kuala Selangor 

 KUALA SELANGOR 14 Mei - Kerajaan negeri Selangor memperuntukkan sejumlah RM40 juta dari Tabung Projek Terbengkalai bagi menyiapkan pembinaan perumahan Alam Perdana yang terbengkalai sejak tahun 2002.

 

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) menjangkakan projek tersebut akan siap menjelang Disember ini.
Katanya, projek tersebut mesti disiapkan mengikut masa ditetapkan kerana sekiranya ia gagal disiapkan maka wang daripada dana itu tidak boleh digunakan.
“Kerajaan negeri telah diberi jaminan bahawa projek itu akan dapat disiapkan mengikut jadual,” katanya.
Untuk tujuan ini kerajaan negeri akan berkerjasama dengan LBCN Development Sdn. Bhd.
Khalid menjelaskan keputusan mengambilalih projek perumahan itu akan memberi manfaat kepada hampir 3,000 pembeli unit rumah berkenaan.
“Kerajaan negeri sudah mencapai penyelesaian dengan pihak pemaju serta kontraktor dan projek ini akan disiapkan sepenuhnya pada akhir Disember ini.
“Langkah ini pasti memberi kelegaan kepada lebih 3,000 pembeli rumah di kawasan ini,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Dialog Projek Alam Perdana Bersama Pembeli di Stadium Tertutup Kuala Selangor.
Kesian kepada pembeli rumah yang mana projek rumah yang mereka beli terbengkalai, begitu tertekan sekali. Jika ada pihak yang sudi membantu ringanlah sikit beban mereka.
Mereka sangat-sangat berharap rumah yang dibeli dapat didiami dengan segera supaya beban yang ditanggung dapat dikurangkan. 

Ada CF tak layak huni 

 

Oleh Hayati Ibrahim
Kuala Langat: Tindakan kerajaan Selangor merampas tanah di Bandar Alam Perdana, Ijok, di sini, menyebabkan 2,500 pembeli tidak dapat menduduki rumah mereka walaupun sudah mendapat sijil layak menduduki (CF), akhir Disember lalu.
Projek yang mengandungi 20 blok rumah kos rendah dan sederhana itu terbengkalai sejak 2001 sebelum diambil alih Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) untuk membaik pulih rumah berkenaan dengan kos RM160 juta.

Bagaimanapun, apabila CF diperoleh, kerajaan negeri menghalang SPNB menyerahkan kunci dengan alasan tanah tapak rumah sudah dirampas kerana pemilik asal tanah tidak membayar cukai tanah.


Pengarah Urusan SPNB Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh berkata, tanah berkenaan dirampas pada tahun lalu ketika kerja membaik pulih projek itu dijalankan SPNB melalui dana yang disalurkan Kerajaan Persekutuan untuk membantu rakyat.

“Kami faham kerajaan negeri ada kuasa untuk merampas tanah, tetapi projek itu sedang dibaik pulih kerajaan (Persekutuan), sepatutnya mereka (kerajaan negeri) beri kelonggaran...lainlah kalau projek tidak dibaik pulih.


“Mereka (kerajaan Selangor) sudah tahu kerajaan Persekutuan sedang membaik pulih, kenapa merampas tanah dan menyusahkan pembeli, mereka tidak boleh masuk rumah.


SEBAHAGIAN pembeli yang hadir pada Majlis Kesyukuran Taman Nuri Indah, Kampung Olak Lempit, semalam.

“Sekarang kita tak boleh buat apa-apa kerana dapat arahan jelas dari kerajaan negeri, tidak boleh serah kunci dengan alasan mereka pemilik tanah itu dan berhak bila nak menyerahkan kunci,” katanya pada sidang media selepas Majlis Kesyukuran Taman Nuri Indah, Kampung Olak Lempit di sini, semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil Datuk Marsum Paing dan wakil penduduk, Jamaludin Hashim.

Projek pembinaan Taman Nuri Indah diambil alih SPNB mulai 2009 selepas pemaju gagal menyiap projek 54 rumah yang membabitkan kos RM5 juta untuk membiayai kos perbaiki dan menyiapkan struktur serta menyediakan kemudahan asas seperti jalan raya dan landskap.

Dr Kamarul Rashdan berkata, kes sama berlaku di Taman Khalid Al-Walid, Seksyen 30, Shah Alam, apabila kerajaan negeri mengeluarkan peraturan baru dengan membawa projek itu kepada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) terlebih dulu sebelum mengeluarkan CF.


Katanya, sekiranya MTES luluskan baru Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA) boleh mengeluarkan CF, sedangkan pihak berkuasa berkenaan sudah setuju untuk mengeluarkan sijil terbabit.


Menurutnya, tindakan itu menjejaskan 46 pembeli rumah dan menyebabkan mereka perlu menunggu lebih lama walaupun projek berkenaan sudah dibaik pulih SPNB dengan kos 13.9 juta selepas terbengkalai sejak 2005.


Beliau berkata, masalah birokrasi dan perkara seumpama itu menyebabkan usaha Kerajaan Persekutuan membantu rakyat dengan melabur jutaan ringgit terganggu.


“Pembeli tidak boleh salahkan Kerajaan Persekutuan atau SPNB kerana kita sudah melaksanakan tanggungjawab untuk membaik pulih rumah mereka, cuma rasa tak gembira...walaupun kita sudah boleh cuci tangan, tetapi kita tak gembira kerana rumah tidak boleh diserahkan kepada pembeli.


“Ini kerana kita bukan saja membaik pulih rumah tetapi memastikan rumah itu diserahkan kepada pembeli. Jadi kita harap kerajaan negeri dapat memberikan pertimbangan, fikirkan harapan dan kehendak pembeli yang sudah menunggu,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/04

 sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/AdaCFtaklayakhuni/Article/
KENYATAAN AKHBAR
14 Julai 2011


SPNB KOMITED BAIKPULIH PROJEK TERBENGKALAI DI SELURUH NEGARA
 
Oleh: Y.B Datuk Ir. Hj Idris Hj. Haron, Pengerusi SPNB

Kuala Lumpur, 14 Julai - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) adalah syarikat yang telah dilantik oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk membaik pulih projek perumahan terbengkalai di seluruh Negara bermula Mac 2001. SPNB telah diarahkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membuat kajian kemungkinan bagi membaikpulih 74,744 unit rumah merangkumi 258 buah projek dengan nilai pembangunan RM4.5 bilion.
Sehingga kini, SPNB telah berjaya menyiapkan 82 buah projek yang melibatkan 24,856 unit rumah terbengkalai dengan melibatkan kos pembangunan RM557 juta. Setakat ini, sembilan (9) buah projek (3,500 unit) di dalam peringkat pelaksanaan.
SPNB telah menerima peruntukan awalan daripada Dana Khas dalam Tabung Pemulihan Perumahan Terbengkalai (TPPT) yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan sebanyak 300 juta serta melalui Pakej Rangsangan Ekonomi 1 dan 2 yang diumumkan YA.B. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada tahun 2008 dan 2009 iaitu sebanyak RM430 juta.
Negeri Selangor merupakan negeri yang mencatatkan kadar projek perumahan terbengkalai tertinggi di mana SPNB telah dan sedang membaikpulih sebanyak 15 buah projek yang meilbatkan 6,024 unit rumah seperti yang diarahkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui KPKT dan Kementerian Kewangan.
Bandar Alam Perdana di Ijok Selangor adalah projek perumahan yang terbesar sedang dibaikpulih oleh SPNB melibatkan 2500 unit rumah pangsa kos rendah lima tingkat berharga RM35,000. Projek ini telah terbengkalai bermula tahun 2002 oleh pemaju asal pada tahap kesiapan 20 hingga 85 peratus. Proses membaikpulih telah dimulakan oleh SPNB pada bulan November 2009. Segala kos membaikpulih adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan di mana para pembeli yang tidak bernasib baik ini tidak perlu membayar kos tersebut. Kerajaan Persekutuan juga bersetuju harga rumah asal dikekalkan di mana tidak perlu menambah pinjaman atau membayar rumah tersebut pada harga pasaran.
SPNB terus komited bersama Kerajaan Persekutuan dalam usaha membaikpulih projek Bandar Alam Perdana ini, di mana kini ianya telah mencapai 92 peratus tahap kesiapan dan dijangka siap sepenunya pada bulan November tahun ini.
Walaubagaimanapun, terdapat isu yang perlu diberi perhatian iaitu proses pengambil alihan tanah bagi projek tersebut oleh Kerajaan Negeri Selangor yang masih tertangguh semenjak Januari 2010.
Secara keseluruhan, SPNB membelanjakan sebanyak RM173 juta untuk membaik pulih projek ini melalui dana yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan di mana kemajuan kerja adalah di tahap memuaskan dan hampir siap. SPNB mensasarkan penyerahan pada bulan November tahun ini sekiranya isu pengambil alihan tanah berjaya diselesaikan dan Sijil Layak Menduduki diperolehi sepenuhnya.

 

MB: Penantian 1,000 pembeli rumah Alam Perdana selesai akhir tahun

July 16, 2011

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Lebih 1,000 pembeli rumah di Alam Perdana, Kuala Selangor kini mampu menarik nafas lega apabila projek yang terbengkalai sejak 10 tahun lalu akan disiapkan sepenuhnya akhir tahun ini.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pemaju kini sedang menyiapkan kerja-kerja akhir seperti melakukan kemasan dan penyambungan paip, sebelum kunci diserahkan kepada pembeli.
Katanya, pembeli juga diberi pilihan untuk menjual rumah mereka  kepada pemaju pada harga semasa.
Selain itu, Khalid berkata, walaupun projek tersebut diambil alih kerajaan negeri dan diberi nafas baru, harga rumah tetap dikekalkan pada harga ketika rumah itu dijual kira-kira 10 tahun lalu.
Sebelum ini, kerajaan negeri telah mengambil tanah tapak projek Alam Perdana kerana pemaju gagal menyiapkan projek itu dan tidak membayar premium tanah ketika penukaran status guna tanah dari pertanian kepada pembangunan.
Pemaju  Ladang Bukit Cherakah Nominees Sdn. Bhd (LBCN) bagaimanapun bersetuju untuk meneruskan projek berkenaan tetapi perlu membayar RM41 juta kepada Tabung Projek Terbengkalai Negeri Selangor sebagai cagaran.
LCBN juga bersetuju untuk membayar tunggakan bayaran kepada 383 peneroka asal tanah berkenaan sekiranya mendapat keuntungan hasil dari projek yang dipulihkan itu dan memberi jaminan untuk menyiapkan projek perumahan Alam Perdana di Kuala Selangor, yang terbengkalai sejak sedekad lalu.
Mereka juga diberi tempoh enam hingga 18 bulan untuk menyiapkan projek tersebut, kata beliau.
Justeru, Khalid berkata, kerajaan negeri tidak mendapat sebarang keuntungan dari pemulihan projek terbengkalai ini.
“Ini adalah tanggungjawab kerajaan negeri terhadap rakyat yang telah lama menderita dan menanggung kesusahan kerana perlu membayar pinjaman setiap bulan kepada bank sedangkan rumah tidak siap,” ujarnya.

 sumber : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mb-penantian-1000-pembeli-rumah-alam-perdana-selesai-akhir-tahun

 

MB: LBCN jamin RM40j bina rumah Alam Perdana terbengkalai

 Oleh Zulaikha Zulkifli May 15, 2011

 KUALA LUMPUR, 15 Mei — Ladang Bukit Cherakah Nominees Sdn. Bhd. (LBCN) memberi jaminan untuk menyiapkan projek perumahan Alam Perdana di Kuala Selangor, yang terbengkalai sejak sedekad lalu dengan menyediakan deposit RM41 juta dalam Tabung Projek Terbengkalai Negeri Selangor.

Mengumumkan perkara itu hari ini, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) berkata, dana itu akan digunakan untuk menyiapkan 3,000 rumah yang sepatutnya telah disiapkan sejak 2001.
Justeru kata beliau, LBCN diberi tempoh enam hingga 18 bulan untuk menyiapkan projek tersebut.
Selain itu, Khalid juga berkata, bagi pembeli yang telah diisytiharkan muflis kerana gagal membayar pinjaman perumahan, kerajaan negeri akan cuba membantu dengan membuat perbincangan dengan bank-bank yang terlibat.
“Saya secara peribadi akan bertemu pihak bank untuk memastikan pembeli tidak dibebankan dengan masalah ini,” katanya lagi.
Laporan media akhir tahun lalu menyebut kerajaan negeri Selangor perlu membelanjakan hampir RM120 juta untuk mengambil alih tanah seluas 360 hektar (900 ekar) di Bandar Alam Perdana susulan kegagalan pemaju menyiapkan projek perumahan itu.
Kos itu melibatkan pengambilalihan 392 ekar tanah bernilai RM52 juta untuk pembinaan 2,500 unit rumah kos rendah (KRK), tanah untuk pembinaan kolam tadahan air hujan (tangki air) seluas 294 ekar bernilai RM39.1 juta dan tanah untuk pembinaan Loji Rawatan Kumbahan seluas 214 ekar bernilai RM28.4 juta.
Mengenai isu Kampung Kerandang, kata Khalid, kerajaan negeri telah mengenal pasti 30 keluarga yang tinggal di kampung itu dan beliau akan mengadakan pertemuan bagi memastikan mereka adalah peneroka asal.
“Kira-kira 1,000 ekar (400 hektar) Hutan Simpan Bukit Tarek telah diasingkan dan diberikan sebagai tanah TOL di bawah kerajaan terdahulu.
“Kerajaan negeri mendapati bahawa tanah TOL ini dikeluarkan untuk tanaman kontan,” katanya.
Khalid berkata, kelapa sawit bukan tanaman kontan, jadi perlu dikenal pasti siapa yang menerima tanah TOL ini.
Khalid juga mengarahkan mereka yang secara tidak sengaja membeli tanah di Kampung Kerandang supaya mendaftar di Pejabat Tanah dan Galian kerana urus niaga itu mungkin menyalahi undang-undang.
“Walaupun kerajaan negeri boleh mengabaikan transaksi haram ini, kami akan tetap bertemu dengan mereka atas dasar kemanusiaan,” ujarnya.

sumber : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mb-lbcn-jamin-rm40j-bina-rumah-alam-perdana-terbengkalai/

Friday, 11 April 2014

Imej Alam Perdana, Bandar Puncak Alam Dilihat Melalui Google Earth Pada 23.01.2010











PENGELUARAN MEMBELI RUMAH
 
TUJUAN
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah.
Pengeluaran untuk membeli rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan. Pelupusan pemilikan
bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’ atas sebab rumah tersebut dilelong,
penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam atau kebakaran, projek
rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.


KELAYAKAN MEMOHON
(i) Warganegara Malaysia; ATAU
(ii) Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian
memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU
(iii) Bukan warganegara Malaysia yang ;
 Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
 Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN
Ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500.00 di dalam Akaun 2.


SYARAT- SYARAT PENGELUARAN
Ahli Layak Memohon Sekiranya :-
1. Membeli sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / ‘studio apartment’ / ‘service apartment’ /
‘townhouse’ / SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman.
2. Pembiayaan pembelian rumah melalui ;
(i) Pinjaman perumahan daripada mana-mana institusi seperti berikut :-
Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA)
Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
Majikan ahli
Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia).
Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP;
ATAU
(ii) Secara tunai.
3. Ahli telah menandatangani Surat Perjanjian Jual Beli tidak melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP.
4. Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU Ahli telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya
atau berlaku pelupusan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua. Bukti penjualan / pelupusan pemilikan rumah pertama perlu dikemukakan.
5. Ahli ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP.
6. Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah
hendaklah dalam tempoh 6 bulan).
Ahli Tidak Layak Memohon Sekiranya :-
Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli
Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf
Membeli rumah ketiga
Membeli rumah di luar negara
KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
AMAUN YANG LAYAK DIKELUARKAN
Ahli boleh mengeluarkan simpanan seperti berikut :-
PEMBELIAN RUMAH MILIK INDIVIDU PEMBELIAN BERSAMA SUAMI / ISTERI ATAU AHLI KELUARGA TERDEKAT ATAU INDIVIDU LAIN
Amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah
ATAU
Semua simpanan dalam Akaun 2
(Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)
Amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan tambahan 10% daripada harga rumah
ATAU
Semua simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan
(Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00) PINJAMAN PERUMAHAN 100% PEMBELIAN TANPA PINJAMAN / SECARA TUNAI
10% daripada harga rumah
ATAU
Semua simpanan dalam Akaun 2
(Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)
Harga rumah dengan tambahan 10% daripada harga rumah
ATAU
Semua simpanan dalam Akaun 2
(Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)
Ahli boleh memilih untuk menentukan amaun yang ingin dikeluarkan daripada Akaun 2, tertakluk kepada amaun maksimun yang layak dikeluarkan dengan mengisi amaun yang dipohon dalam borang pengeluaran perumahan KWSP 9C (AHL)(D5).
Ahli pernah membuat pengeluaran perumahan tetapi telah membatalkan pembelian rumah tersebut. Dalam keadaan ini, wang pengeluaran tidak perlu dikembalikan. Amaun kelayakan semasa akan ditolak daripada amaun pengeluaran terdahulu tertakluk kepada baki kelayakan (sekiranya ada)


SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
BIL. DOKUMEN UTAMA

1.Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL) (D5)
2.Kad Pengenalan Diri
(a) MyKad / Kad Pengenalan Tentera / Kad Pengenalan Permastautin Tetap (MyPR)
ATAU
(b) Kad Pengenalan Polis DAN Surat Pengesahan Majikan menyatakan no. Polis dan no. Kad Pengenalan Diri merujuk kepada orang yang sama (jika tidak memiliki MyKad/ Kad Pengenalan Polis yang tidak tertera no. Kad Pengenalan Diri)
ATAU
(c) Pasport. Jika bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998
Nota : Salinan kad pengenalan tidak perlu sekiranya ahli adalah pemegang MyKad dan Pengecaman Cap Ibu Jari ahli dengan Pengkalan Data KWSP atau Bacaan MyKad adalah padan. Ahli yang tidak memiliki MyKad dan/atau permohonan melalui pos/ wakil masih perlu mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri masing-masing.
3.Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli
Buku Bank / Penyata Akaun Simpanan ATAU Penyata Akaun Semasa ATAU Surat Pengesahan Bank Mengenai Butiran Pemegang Akaun ATAU Cetakan Butiran Pemegang Akaun Melalui Laman Web.
Nota : Mempunyai akaun di bank panel KWSP yang dilantik Akaun bank mestilah yang masih aktif
(Dokumen asal dikecualikan jika ahli dapat memberi maklumat akaun bank dengan betul tanpa merujuk kepada dokumen asal.Ketepatan maklumat penting bagi mengelakkan pengkreditan terus ke akaun ahli gagal)
4.Permohonan Secara Pos
Borang Permohonan Pendaftaran Ahli dan Pindaan Maklumat (KWSP 3)


BIL. (A) DOKUMEN SOKONGAN PEMBELIAN RUMAH DARIPADA PEMAJU PINJAMAN TANPA PINJAMAN
1.Surat Perjanjian Jual Beli (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
2.Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (sekiranya kelulusan pinjaman kurang daripada setahun)
ATAU
Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan DAN Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan / Borang Gadaian 16A / ‘Deed of Assignment’ / Suratan Hakmilik atas nama ahli dan telah dicagarkan kepada pemberi pinjaman (sekiranya kelulusan pinjaman melebihi setahun)
3.Surat Pengesahan Pemaju mengenai belian tunai yang mengandungi maklumat butiran harta
4.Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah
5.Sijil Arkitek / Surat Permintaan Bayaran yang menunjukkan peringkat pembinaan tidak kurang daripada 20% ATAU Sijil Layak Menduduki (Certificates of Fitness - CF atau Certificates of Occupation - CO)
6.Pembelian bersama ahli keluarga terdekat (ibu-bapa, suami-isteri, adik-beradik atau anak-anak), sekiranya pemohon bukan peminjam. Bukti Pertalian (Sijil Perkahwinan atau Sijil Kelahiran)

BIL. (B) DOKUMEN SOKONGAN PEMBELIAN TANAH DAN PEMBINAAN RUMAH SECARA PAKEJ PINJAMAN TANPA PINJAMAN
1.Surat Perjanjian Bina Rumah (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan) DAN Surat Perjanjian Jual Beli Tanah (Tarikh perjanjian tidak melebihi melebihi 6 bulan dengan tarikh Surat Perjanjian Bina Rumah)
2.Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (sekiranya kelulusan pinjaman kurang daripada setahun)
ATAU
Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan DAN Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan / Borang Gadaian 16A / ’Deed of Assignment’ / Suratan Hakmilik atas nama ahli dan telah dicagarkan kepada pemberi pinjaman (sekiranya kelulusan pinjaman melebihi setahun)
3.Suratan Hakmilik Tanah atas nama penjual / pemilik tanah
4.Surat Wakil Kuasa (‘Power of Attorney’) yang telah didaftarkan di Mahkamah (Sekiranya pembelian tanah dan pembinaan rumah menggunakan Surat Kuasa Wakil)
5.Surat Pengesahan Pemaju mengenai belian tunai yang mengandungi maklumat butiran harta
6.Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah
7.Sijil Arkitek / Surat Permintaan Bayaran yang menunjukkan peringkat pembinaan tidak kurang daripada 20% ATAU
Sijil Layak Menduduki (Certificates of Fitness - CF atau Certificates of Occupation - CO)

8.Pembelian bersama ahli keluarga terdekat (ibu-bapa, suami-isteri, adik-beradik atau anak-anak), sekiranya pemohon bukan peminjam Bukti Pertalian (Sijil Perkahwinan atau Sijil Kelahiran)

BIL. (C1) DOKUMEN SOKONGAN PEMBELIAN RUMAH DARIPADA INDIVIDU PINJAMAN TANPA PINJAMAN SURATAN HAKMILIK TELAH DIKELUARKAN
1.Surat Perjanjian Jual Beli (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
Nota:
Sekiranya pembelian rumah daripada keluarga terdekat (ibu / bapa / suami / isteri / anak / adik-beradik), ahli perlu mengemukakan bukti transaksi pembelian iaitu Borang Pindahmilik (Borang KTN 14A / ‘Memorandom Of Transfer’) yang telah disempurnakan
2.(a) Hak Milik Atas Nama Penjual
Suratan Hakmilik / Catatan Carian Rasmi atas nama Penjual / Surat Kebenaran Pindahmilik dari Pejabat Tanah (jika ada sekatan pindahmilik daripada pihak berkuasa); ATAU
(b) Hak Milik Atas Nama Pembeli
Suratan Hakmilik atas nama ahli; ATAU
Borang Pindahmilik KTN 14A atas nama pemilik baru yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah ATAU Sekurang-kurangnya Borang Pindahmilik KTN14A telah lengkap ditandatangani berserta resit penyata perserahan oleh Pejabat Tanah
3.Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (sekiranya kelulusan pinjaman kurang daripada setahun)
ATAU
Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan DAN Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan / Borang Gadaian 16A / Suratan Hakmilik atas nama ahli dan telah dicagarkan kepada pemberi pinjaman (sekiranya kelulusan pinjaman melebihi setahun)
4.Suratan Hakmilik atas nama ahli; ATAU
Borang Pindahmilik KTN 14A atas nama ahli yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah ATAU sekurang-kurangnya Borang Pindahmilik KTN14A telah lengkap ditandatangani berserta resit penyata perserahan oleh Pejabat Tanah
5.Surat Pengesahan Belian Tunai daripada Peguam yang menguruskan proses jualbeli yang mengandungi maklumat butiran harta
6.Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah
7.Pembelian bersama ahli keluarga terdekat (ibu-bapa, suami-isteri, adik-beradik atau anak-anak), sekiranya pemohon bukan peminjam Bukti Pertalian (Sijil Perkahwinan atau Sijil Kelahiran)

BIL. (C2) DOKUMEN SOKONGAN PEMBELIAN RUMAH DARIPADA INDIVIDU PINJAMAN TANPA PINJAMAN SURATAN HAKMILIK BELUM DIKELUARKAN
1.Surat Perjanjian Jual Beli (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
Nota :
Sekiranya pembelian rumah daripada keluarga terdekat (ibu / bapa / suami / isteri / anak / adik-beradik) ahli perlu mengemukakan bukti transaksi pembelian iaitu ‘Deed of Assignment’ yang telah disempurnakan
2.Surat Pengesahan Daripada Pemaju Mengenai Butiran Rumah Yang Dibeli; ATAU Surat Kebenaran Pindahmilik Dari Pihak Berkuasa Tempatan (jika ada sekatan pindahmilik daripada pihak berkuasa); ATAU Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’) di antara penjual dan ahli yang sempurna dan mesti mempunyai cop duti setem (atau mengemukakan sijil setem) 1% dari harga penjualan
3.Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (sekiranya kelulusan pinjaman kurang daripada setahun)
ATAU
Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan DAN Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan (sekiranya pinjaman melebihi setahun)
4.Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’) di antara penjual dan ahli yang sempurna dan mesti mempunyai cop duti setem (atau mengemukakan sijil setem) 1% dari harga penjualan
5.Surat Pengesahan Belian Tunai daripada Peguam yang menguruskan proses jualbeli yang mengandungi maklumat butiran harta
6.Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah
7.Pembelian bersama ahli keluarga terdekat (ibu-bapa, suami-isteri, adik-beradik atau anak-anak), sekiranya pemohon bukan peminjam Bukti Pertalian (Sijil Perkahwinan atau Sijil Kelahiran)

BIL. (D) DOKUMEN SOKONGAN PEMBELIAN RUMAH DARIPADA LELONGAN AWAM PINJAMAN TANPA PINJAMAN
1.Surat Perjanjian Jualan; ATAU
Surat Perakuan Jualan Oleh Pentadbir Tanah / Mahkamah
(Tarikh perjanjian / pengisytiharan tidak melebihi 3 tahun daripada tarikh permohonan
2.Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (sekiranya kelulusan pinjaman kurang daripada setahun) ATAU
Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan DAN Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan / Borang Gadaian 16A / ’Deed of Assignment’ / Suratan Hakmilik atas nama ahli dan telah dicagarkan kepada pemberi pinjaman (sekiranya kelulusan pinjaman melebihi setahun)
3.Surat Pengesahan Belian Tunai daripada Peguam yang menguruskan proses jualbeli yang mengandungi maklumat butiran harta
4.Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah (Resit Pembayaran ATAU Pengesahan Pembayaran daripada Bank Pelelong atau Peguam Bank Pelelong)
5.Dokumen Pindah Milik seperti berikut :-
Borang KTN 16F (Perakuan Jual Oleh Mahkamah); ATAU
Borang KTN 16I (Perakuan Jual Tanah Oleh Pentadbir Tanah) ATAU Suratan Hak Milik atas nama ahli; ATAU
Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’) DAN Surat pengesahan daripada peguam pembeli / penjual yang mengesahkan bahawa Notis Ikatan Serahak (‘Notice of Assignment’) telah dikemukakan kepada pemaju mengikut Seksyen 22D (2) Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) Pindaan 2007
ATAU
Mana-mana dokumen pindahmilik [ Borang KTN 14A / 16F / 16I / Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’) ] atas nama ahli yang belum disempurnakan ( Borang KTN 14A dan Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’) sekurang-kurangnya telah ditandatangani oleh ahli )DAN Surat Akuan Berkanun (Akuan Sumpah) yang mengesahkan pembelian rumah adalah benar dan akan mengemukakan dokumen berkenaan yang lengkap dalam tempoh 6 bulan.

BIL. (E) DOKUMEN SOKONGAN UNTUK MEMBELI RUMAH KEDUA
1.Dokumen bukti pembelian atau pembinaan rumah kedua memenuhi syarat-syarat pengeluaran yang ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Sokongan perkara (A) hingga (D) di atas.
2.Bukti penjualan atau pelupusan pemilikan rumah pertama, mana-mana satu yang berikut :-
a) Borang Pindahmilik KTN 14A atas nama pemilik baru yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah atau sekurang-kurangnya Borang Pindahmilik KTN14A telah lengkap ditandatangani berserta resit penyata perserahan oleh Pejabat Tanah; ATAU
Nota :
Bagi rumah yang dipindah milik atas dasar kasih sayang (tertakluk kepada ahli keluarga terdekat sahaja iaitu ibu / bapa / suami / isteri / anak / adik-beradik) perlu sertakan mana-mana dokumen bukti pertalian.
b) Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’); DAN Surat pengesahan daripada peguam pembeli / penjual yang mengesahkan bahawa Notis Ikatan Serahak (‘Notice of Assignment’) telah dikemukakan kepada pemaju mengikut Seksyen 22D (2) Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) Pindaan 2007 (bagi proses pembelian atau penjualan selepas 12 April 2007); ATAU
c) Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’) antara ahli dan pemilik baru yang sempurna dan mesti mempunyai Cop Duti setem (atau mengemukakan sijil setem) 1% daripada harga penjualan; ATAU
d) Suratan Hakmilik atas nama pemilik baru DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; ATAU
e) Borang Cukai Keuntungan Harta Tanah 5 / 5A (‘Real Property Gain Tax’) DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli
dan pemilik baru; ATAU
f) Perakuan jual oleh pentadbir tanah (KTN16I) / Perakuan jual oleh mahkamah (KTN16F); ATAU
g) Pengesahan bank pelelong mengenai lelongan harta; ATAU
h) Penyerahan harta melalui Perintah Mahkamah kepada mana-mana pihak DAN surat cerai (bagi kes perceraian); ATAU
i) Carian rasmi yang menunjukkan pemilik baru harta tersebut daripada Pejabat Tanah DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; ATAU
j) Surat Pengesahan daripada Pihak Berkuasa (Majlis Perbandaran / Majlis Daerah / Penghulu) bagi rumah musnah akibat bencana alam; ATAU
k) Surat Pengesahan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/Kerajaan Negeri bagi projek terbelengkalai / bermasalah / sakit ; ATAU
l) Surat Perjanjian Pembatalan pembelian rumah pertama (‘Deed Of Revocation’ atau ‘Deed of Rescission’); ATAU Surat Pengesahan Pembatalan daripada pemaju / peguam; ATAU
m) Cukai Taksiran yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran / pihak berkuasa tempatan atas nama pemilik baru dan Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; ATAU
n) Surat pengesahan mengenai kemusnahan rumah akibat kebakaran dan mengakibatkan hilang tempat kediaman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang dibenarkan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat / Polis Di Raja Malaysia / Pihak Berkuasa Tempatan / Majlis Tempatan / Ketua Kampung dan lain-lain yang diberikuasa; DAN Dokumen tambahan seperti gambar kejadian atau lain-lain dokumen yang boleh menyokong permohonan pemohon (jika perlu)


NOTA :
KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan sekiranya diperlukan dan menolak mana-mana permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.


PERHATIAN DAN MAKLUMAN KEPADA PEMOHON

Kegagalan Mengembalikan Amaun Yang Tidak Digunakan Bagi Maksud Pengeluaran
Sekiranya pemohon tidak menggunakan bayaran pengeluaran bagi maksud pengeluaran dibuat, pemohon dianggap telah melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi RM2,000.00 atau kedua-duanya [Seksyen 58A, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007].
Membuat Kenyataan Yang Tidak Betul Atau Tidak Benar Atau Mengemukakan Dokumen Palsu
Sekiranya pemohon memberi kenyataan yang tidak betul atau tidak benar atau mengemukakan dokumen palsu, pemohon dianggap telah melakukan kesalahan dan sekiranya disabitkan pemohon boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000.00 atau kedua-duanya [Seksyen 59, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007]


KAEDAH BAYARAN
(i) BAYARAN DALAM MALAYSIA
Semua bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli dengan syarat :-
a. Ahli mempunyai akaun bank dengan bank panel KWSP yang dilantik; DAN
b. Akaun bank ahli masih aktif; DAN
c. Nombor pengenalan diri ahli adalah sama dengan rekod bank.
d. Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM)
Bagaimanapun, sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli seperti akaun bank tidak aktif atau nombor Kad Pengenalan Diri tidak sepadan, bayaran akan dibuat melalui cek jurubank.
(ii) BAYARAN LUAR MALAYSIA
Bayaran adalah melalui Draf Bank Asing. Jenis matawang adalah seperti berikut :-
Matawang asing mengikut pilihan ahli di dalam borang permohonan dengan syarat matawang tersebut ada disenaraikan oleh KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing; ATAU Dalam matawang US Dollar sekiranya jenis matawang yang dipohon oleh ahli dalam borang permohonan tiada dalam senarai KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing
Nota :
KWSP akan membuat pengesahan semula dengan ahli sekiranya jenis matawang yang dipilih dalam borang permohonan tiada dalam senarai yang dibenarkan atau sebelum menukar jenis matawang kepada USD Dollar.


CARA PERMOHONAN DIHANTAR
Permohonan boleh dihantar di mana-mana cawangan KWSP sama ada melalui serahan di kaunter ATAU melalui pos.


SERAHAN DI KAUNTER

 Sila bawa bersama SEMUA dokumen asal bagi tujuan pengesahan oleh Pegawai KWSP. Bagaimanapun, jika salinan dokumen telah dibuat pengesahan sila pastikan salinan dokumen disahkan oleh pegawai yang dibenarkan oleh KWSP, lengkap dengan tandatangan, nama, jawatan dan cop rasmi pengesah.

SERAHAN MELALUI POS

 Sila pastikan SEMUA salinan dokumen telah disahkan oleh pegawai yang dibenarkan oleh KWSP, lengkap dengan tandatangan, nama, jawatan dan cop rasmi pengesah.

Permohonan melalui pos boleh dialamatkan kepada :-
KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
Karung Berkunci No. 220
Jalan Sultan
46720 Petaling Jaya
SELANGOR


PERTANYAAN
Jika ahli mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai pengeluaran ini, sila hubungi :-
Mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran
Pusat Pengurusan Panggilan KWSP. Tel: 03-8922 6000
Maklumbalas Pelanggan, http://enquiry.kwsp.gov.my
Sila nyatakan nombor KWSP atau nombor Kad Pengenalan ahli dan jenis pengeluaran yang dipohon apabila berurusan dengan KWSP. Ahli juga boleh melayari laman web KWSP di alamat www.kwsp.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai jenis pengeluaran KWSP dan panduan umum kepada ahli.

Ada Keutamaan Kami

 Tarikh Cetakan : Jun 2013

sumber : http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/717786/Risalah_Membeli_Rumah_Jun_2013.pdf