Projek Terbengkalai 10 Tahun Taman Alam Perdana Akhirnya Siap
– April 29, 2012
Posted in: Barisan Nasional, Berita, Fokus Rakyat, Inisiatif Kerajaan Selangor, Kebajikan Rakyat, Kerajaan Selangor, Menteri Besar, Menyelesaikan Masalah Rakyat, Pakatan Rakyat, Perkhidmatan Kepada Rakyat, Perumahan, Politik & Berita Nasional, Program Menteri Besar, Tayangan, Terkini
Posted in: Barisan Nasional, Berita, Fokus Rakyat, Inisiatif Kerajaan Selangor, Kebajikan Rakyat, Kerajaan Selangor, Menteri Besar, Menyelesaikan Masalah Rakyat, Pakatan Rakyat, Perkhidmatan Kepada Rakyat, Perumahan, Politik & Berita Nasional, Program Menteri Besar, Tayangan, Terkini
KUALA SELANGOR 28 APR : Setelah 10 tahun menanti dan kehilangan punca
pendapatan, hari ini lebih 1,000 pembeli rumah di Taman Alam Perdana
boleh menarik nafas lega.
Rumah yang dijanjikan tetapi tidak ditunaikan semasa pentadbiran lama
Umno-BN, akhirnya disiapkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang
terpaksa menambah lagi RM200 juta untuk menyiapkan projek tersebut.
Seorang pembeli Abdul Latif Sarif, 63, berkata dia sangat gembira
apabila menerima kunci rumah yang dinanti-nantikan selama ini selepas
sekian lama menanti.
Latif antara 684 peserta projek tersebut yang menjual tanah kelapa
sawit mereka kepada pemaju Alam Perdana pada 2000 untuk pembinaan taman
perumahan tersebut.
Latif dan 684 yang lain dijanjikan rumah bernilai RM120,000 sekiranya beliau menjual tanah itu kepada pemaju.
Tetapi walaupun tanah itu sudah diambil, pemaju tersebut tidak
berupaya menyiapkan rumah mereka sehingga kerajaan Pakatan terpaksa
mengambil alih projek itu pada 2011.
“Pelbagai janji yang ditaburkan oleh pemaju. Macam saya, tanah ladang
kelapa sawit sebanyak tiga ekar mereka sudah ambil, sudahlah dibayar
secara berperingkat, rumah pula tidak siap-siap sehinggalah sekarang.
“Nasib baik kerajaan negeri sekarang mengambil alih jika tidak saya
tidak tahu bila akan siap,” katanya ketika ditemui didalam majlis
penyerahan kunci semalam di Ijok.
Rasa gembira dan syukur penduduk itu turut dikongsi dengan Menteri
Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyerahkan kunci dan
hak milik rumah teres satu dan dua tingkat.
Hadir sama, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri,
Iskandar Abdul Samad, Ketua Pentadbir Menteri Besar Incorporated,
Rohany Talib dan Ketua Pengarah Eksekutif, Lembaga Perumahan dan
Hartanah Selangor Datin Paduka Alinah Ahmad.
Perasaan gembira itu turut dikongsi P.Muthu, 66.
“Sebelum ini, kami duduk dirumah kampung sahaja, saya ada enam orang
anak, kebun sudah diberi untuk pembinaan rumah ini, walaupun dibayar
sebahagiannya, tetapi duit boleh habis.
“Apa yang penting adalah kediaman yang selesa untuk keluarga,” katanya.
“Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua
pihak yang membantu kami peneroka dan pembeli yang teraniaya selama
ini.”
sumber : http://www.selangorku.com/?p=6819
Seorang pembeli yang mahu dikenali sebagai Ismail, 40, menceritakan sejarah disebaliki projek sakit itu.
Pada tahun 2000, pembeli menandatangani surat perjanjian jual beli
rumah dan sepatutnya rumah itu boleh siap diduduki pada tahun 2002.
Malangnya masalah mula timbul pada pertengahan 2002.
Apabila rumah mereka masih tidak siap pada pertengahan 2005, pembeli mula mengorak langkah secara agresif dan bertemu pemaju.
“Kami dijanjikan bahawa rumah akan disiapkan dalam masa enam bulan
bagi rumah teres dan satu tahun setengah bagi rumah kos rendah.
“Kami dimaklumkan bahawa rumah tidak dapat disiapkan kerana masalah
kewangan syarikat pemaju. Akhirnya projek itu diambil alih pihak lain
dan masalah kami masih tidak selesai,” kata Ismail.
Mereka juga kesal kerana pihak Majlis Daerah, Exco Perumahan Negeri,
Kementerian Perumahan dan Menteri Besar zaman Umno-BN seperti tidak
ambil kisah tentang masalah mereka.
“Jika ditanya pihak Majlis Daerah, katanya menunggu pihak pengurusan pemaju berjumpanya.
“Setiap kali wakil pembeli pergi berjumpa Exco Perumahan Negeri pula seakan tidak menemui sebarang penyelesaian.
“Semasa di Kementerian Perumahan lebih menyakitkan hati. Pegawai
mereka sepatutnya menjadi tempat kami mengadu tetapi dia hanya
memasukkan projek perumahan kami itu dalam senarai projek tergendala
sahaja.”
“Kami juga sedih kerana pihak berwajib bertindak secara reaktif dan bukan proaktif.
“Manakala pemaju pula sangat aktif untuk menipu para pembeli.
Masing-masing menunjukkan kehebatan merompak duit rakyat yang naif,
kerana mereka tahu ada kaedah lain yang boleh menyelamatkan mereka dan
sekarang alhamdullilah akhirnya rumah kami siap dengan pimpinan Pakatan
Rakyat,” katanya.
Kerajaan Selangor mengambil alih projek yang berkeluasan 1,037 ekar itu daripada Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB).
Kerajaan Negeri membelanjakan sebanyak RM200 juta untuk membiayai kos
pembinaan rumah, pembayaran pinjaman bank dan menyediakan infrastruktur
lain.
sumber : http://www.selangorku.com/?p=6819
No comments:
Post a Comment