Kerajaan PR Selangor bela pembeli rumah terbengkalai di Kuala Selangor
Keratan akhbar Selangorkini (Edisi Ke 2 Disember)
Lidah rasmi Kerajaan Pakatan Rakyat
Negeri Selangor perihatin dengan masalah terhadap lebih 10 ribu pembeli
rumah yang terbengkalai sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional
sebelum ini.
Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Dato'Seri Khalid Ibrahim sendiri telah mengambil inisiatif untuk membela nasib pembeli dalam proses pengambil-alihan semula tapak projek yang terbengkalai dan membangunkan semula. Antara tapak projek yang diambil alih ialah Bukit Botak dan Bandar Alam Perdana, Kuala Selangor yang didakwa hampir 10 tahun terbengkalai dan tiada pembelaan.
Usaha Kerajaan Pakatan Rakyat harus dipuji kerana membela nasib rakyat yang bertahun-tahun menanggung kerugian.
No comments:
Post a Comment