Selasa, 10 Mac 2009
Peraturan sidai kain di flet
Metro Harian 04/12/2008
PUTRAJAYA:
Penghuni kediaman berbilang tingkat dilarang menyidai pakaian di
kawasan terbuka apabila penguatkuasaannya dilaksanakan mulai awal tahun
depan.Tabiat itu yang biasa dilihat di rumah pangsa atau pangsapuri
ketika ini menyebabkan imej dan pemandangan kawasan persekitarannya
terjejas terutama di kalangan pelancong asing. Timbalan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata bagi menguatkuasakan peraturan
itu, satu garis panduan akan dikeluarkan kepada pihak berkuasa tempatan
(PBT) di seluruh negara.
“Pesuruhjaya Bangunan (COB) akan ditugaskan bagi menguatkuasakan perkara ini dan tindakan menyediakan tempat yang khusus dan peralatan sepatutnya disediakan, akan diambil,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Negara Untuk Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-61 di sini, semalam.
Hadir sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ong Ka Chuan, serta Menteri Besar dan Ketua Menteri.
Sebelum ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), sudah mengambil inisiatif bagi mengelakkan pemandangan kurang menarik ini dilihat di kawasan rumah pangsa dengan memasang EBshield, iaitu sejenis tabir logam yang diletakkan di kawasan ampaian.
Timbalan Perdana Menteri berkata, sekiranya tindakan itu tidak berkesan, pindaan undang-undang sedia ada akan dipertimbangkan.
“Kita akan pertimbangkan untuk buat pindaan, jika ini tak berkesan,” katanya.

No comments:
Post a Comment