m/s 42
Masih Menanti Kunci Diserahkan
PUNCAK ALAM - Rumah sudah lama siap tetapi sampai sekarang masih tidak boleh diduduki. Itu situasi dialami pembeli rumah teres setingkat di Alam Perdana, dekat sini yang lebih 10 tahun menanti.
Entah di mana silapnya, pembeli yang tertunggu-tunggu kunci rumah terpaksa pula melalui satu perjanjian baru yang semakin menyusahkan.
Isaac Nathan, 60, dan pembeli lain mempertikai tindakan mengarah menukar perjanjian jual beli.
"Kalau tukar perjanjian jual beli, hak pembeli untuk tuntut pampasan lebih kurang RM100,000 sehingga RM150,000 akan terlepas
"Saya kecewa masalah ini belum selesai sedangkan kerajaan negeri sudah ambil alih 423.252 hektar kononnya mahu jaga peneroka dan pembeli Alam Perdana,"katanya.
Isaac yang turut membangkitkan isu sama kepada Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor (JP Abbas) menjelaskan, pelbagai persoalan timbul termasuk dana RM33 juta dikatakan untuk baik pulih rumah.
"Saya tengok rumah kami dah cukup sempurna dah siap 90 peratus. Bukti ada dalam lampiran surat bertarikh 13 Mei 2011. Sebab itu saya hairan, ada duit RM33 juta kata untuk baiki rumah kami. Sebab itu saya laporkan pada SPRM.
![]() |
Isaac menunjukkan surat yang dipanjangkan kepada semua pihak termasuk JP Abbas Untuk pembelaan. |
Isaac berkata, rata-rata pembeli yang turut kehendak kerajaan negeri dengan menandatangani perjanjian baru masih ternanti-nanti kunci rumah yang dijanjikan, malangnya sehingga kini masih tiada berita.
"Kos lebih RM5,000 sudah keluar, kunci masih tak dapat tapi kunci rumah peneroka sudah diberi awal. Kenapa tidak beri serentak. Dulu janji nak bagi semua tapi sekarang hanya beri kepada peneroka,"katanya.
Sebelum ini, lebih 1,000 pembeli rumah Alam Perdana memohon supaya Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menyegerakan penyerahan kunci seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Wakil pembeli, Kapten (B) Amiruddin Abdullah,55, berkata, hanya MB boleh membantu menyelesaikan masalah kegagalan penyerahan kunci kepada 1,116 pembeli.
![]() |
Rumah sudah siap tapi pembeli rumah unit setingkat di Alam Perdana masih gagal mendiami rumah mereka. |
Hasil rujukan di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) mendapati, masalah yang timbul adalah disebabkan isu pembentungan yang sehingga kini masih belum menerima sekarang kata putus sehingga mengakibatkan pembeli menunggu lama.
Pada 28 April 2012 lalu, hanya seramai 309 peneroka menjadi kumpulan pertama dipanggil untuk menerima kunci rumah dan hak pemilikan tanah di Alam Perdana itu manakala pembeli akan dipanggil secara berperingkat.
Tiada bayang langsung!
LAIN pula cerita pembeli Projek Pembesaran Kampung Taman Desa Kerayong Indah yang belum ada tanda untuk dimajukan semula selepas terbengkalai sejal 20000.
Projek yang masih tersenarai didalam Projek Terbengkalai Dalam Pentadbiran Majlis Daerah Kuala Selangor itu masih tiada tindakan daripada mana-mana pihak, malah didakwa masih menunggu keputusan kerajaan negeri untuk tindakan selanjutnya.
Sinar Harian difahamkan, projek yang hanya siap 47 peratus itu masih belum sempurna dari segi kemudahan infra, bekalan elektrik dan tangki najis berikutan pemaju mengalami masalah kewangan.
Sebelum ini, projek di bawah Pemantauan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) itu memerlukan persetujuan pembeli terlebih dahulu jika kontraktor lain bercadang pulihkan projek itu.
Kontraktor yang mampu dengan kos sendiri dan mampu untuk memulihkannya juga perlu membuat permohonan kepada MDKS dan LPHS untuk tindakan lanjut.
No comments:
Post a Comment