Sunday, 6 April 2014


Seramai 1116 peneroka dan pembeli rumah menerima kunci, Sijil Layak Menduduki (CF) dan hak milik bagi projek perumahan Alam Perdana yang telah terbengkalai sejak 10 tahun lalu.
Majlis penyampaikan ini disempurnakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada satu majlis yang diadakan hari ini di Tapak Projek Alam Perdana di Ijok Kuala Selangor.
"Kejayaan menyiapkan projek ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan masalah projek perumahan terbengkalai di Selangor. Kita telah menunaikan janji kita untuk menyelesaikan masalah peneroka dan pembeli yang terpaksa menunggu10 tahun untuk mendapatkan rumah mereka," katanya.
Beliau juga memberi jaminan bahawa Kerajaan melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor akan memastikan semua isu-isu tertangguh berkenaan perkhidmatan utiliti akan selesai dengan segera. "Jika saya sendiri kena turun untuk bekerja bagi memastikan semua berjalan, saya akan lakukannya."
Beliau berkata kerajaan negeri juga telah memastikan kerja-kerja yang dilakukan untuk menyiapkan rumah Alam Perdana setanding dengan mana-mana pemaju perumahan yang berwibawa. "Bagi menguatkan keyakinan penduduk terhadap usaha kami, Kerajaan Negeri 'underwrite' rumah pada harga tawaran asal. Sebagai contoh, rumah teres setingkat, kerajaan akan beli pada harga RM120,000 jika pemilik tidak lagi mahu memiliki rumah mereka."
Dalam ucapan di majlis tersebut Menteri Besar juga menyatakan rasa kesal dengan sikap Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang jelas tidak mahu bekerjasama untuk menyerahkan hartanah kepada 2000 pembeli pangsapuri kos rendah walaupun projek telah siap 100peratus.
"SPNB tidak boleh mempolitikkan isu ini kerana ini adalah masalah rakyat. Mereka sepatutnya bersama kita untuk menyelesaikan masalah rakyat. Tindakan mereka melengahkan penyerahan hartanah ini adalah salah kerana peneroka dan pembeli telah menunggu lebih 10 tahun." kata beliau.
Tentang isu CF yang ditimbulkan oleh SPNB, Menteri Besar berkata ianya tidak perlu timbul kerana pengeluaran CF adalah dibawah kuasa pihak berkuasa tempatan dimana dalam hal ini melibatkan Majlis Daerah Kuala Selangor.
"YDP Majlis Daerah membuat keputusan dengan professional dimana dia telah ada 'checklist' supaya semua peraturan dipatuhi dalam mengeluarkan CF," katanya lagi.
Projek terbengkalai ini berjaya disiapkan selepas Kerajaan Negeri mengambi lalih 7 hakmilik tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 dan membayar pampasan RM144 juta kepada pemilik tanah, LBCN Development Sdn Bhd.
Kerajaan negeri turut membuat tambahan pengambilan tanah melibatkan jalan masuk dan tangki air dengan kos pengambilan tanah tambahan sejumlah RM3,122,838-00.
Kerajaan Negeri memberi hakmilik kepada 7 lot tanah berkenaan kepada Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dan MBI seterusnya melantik Cahaya Kelang Construction Sdn Bhd untuk memulihkan 1,116 unit rumah teres berserta infrastruktur kecuali 203 unit rumah teres 2 tingkat jenis Arcadia kerana mengalami retak dan mendap dan perlu diroboh semula.
Kos yang terlibat bagi membaik pulih 1,116 unit rumah teres tersebut berjumlah RM 33,707,749.00 dan telah selesai di dilaksanakan pada 5 April 2012. Secara keseluruhannya, kerajaan negeri melalui MBI telah membelanjakan sebanyak RM187,548,608.94 bagi memulihkan projek Alam Perdana.
Pembinaan 2,500 unit rumah kos rendah pula diambilalih oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang memulakan pembinaan pada November 2009 melibatkan kos RM180 juta.
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO' MENTERI BESAR  

sumber : http://mb.selangorku.com/page.php?page=Category&category=4&post=1973

No comments:

Post a Comment