Wednesday, 16 April 2014

Kosmo, Rabu 16 April 2014
Infiniti m/s 33

 Aplikasi Pinjaman Perumahan

Maklumat tentang pinjaman perumahan dan segala urusan yang berkaitan dengan pembelian hartanah bukan sahaja menarik minat pembeli berpengalaman malah pembeli rumah kali pertama juga pasti tercari-cari kaedah termudah bagi membantu mereka membuat keputusan.
   Meraka yang bercadang untuk membeli kediaman boleh memuat turun aplikasi Malaysia Home Loan Calculator daripada Apps Store ke gajet masing-masing bagi mendapatkan anggaran kasar kos yang perlu diperuntukkan sebelum bertemu dengan pihak pemaju.
   Aplikasi kalkulator pinjaman perumahan ini dilengkapi dengan syarat dan peraturan terkini yang dikuatkuasakan di Malaysia serta direka untuk pembeli rumah tempatan atau pelabur hartanah asing membuat rujukan.
   Ia merupakan aplikasi yang pertama berkonsepkan semua dalam satu yang boleh digunakan di luar talian atau tanpa internet. Kemudahan yang dimaksudkan termasuk pengiraan bayaran semula pinjaman, jadual melunaskan pinjaman menurut tahun dan bulan, yuran guaman, perjanjian jual beli, perjanjian pinjaman pengiraan duti setem serta pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
   Selain itu, ia turut menyediakan berita hartanah terkini untuk rujukan pengguna. Aplikasi yang dibangunkan oleh Agmo Studio Sdn. Bhd. ini memerlukan sistem operasi iPhone 5.0 atau ke atas dan boleh dimuat turun ke telefon pintai iPhone, iPad dan IPod Touch sahaja.
   Rata-rata pengguna yang telah menggunakan aplikasi ini berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan kerana ia membantu mereka merancang kewangan dan jumlah bayaran yang diperlukan ketika membeli hartanah. Selain iti, ejen hartanah turut menggunakan aplikasi ini bagi menjimatkan masa untuk melakukan pengiraan berbanding kaedah manual yang digunakan sebelum ini.



No comments:

Post a Comment