Rumah terbengkalai pemaju diserbu
UTUSAN MALAYSIA , 23-Jun-2005
AKHBAR / NEWSPAPER : UTUSAN MALAYSIA
SEKSYEN / SECTION : BERITA UMUM/LAIN-LAIN
TARIKH / DATE : 23-Jun-2005
HARI / DAY : KHAMIS (THUR)
ISU / ISSUE : PENGAWASAN DAN PENGUATKUASA
MUKA SURAT / PAGE : 26
TAJUK / TITLE : Rumah terbengkalai pemaju diserbu
PETALING JAYA 22 Jun - Kira-kira 100 wakil pembeli rumah Bandar Alam
Perdana di Shah Alam 2 di sini 'menyerbu' pejabat pemaju bagi
mendapatkan penjelasan sebenar mengenai status projek rumah mereka yang terbengkalai sejak 2002.
Rombongan pembeli diketuai Pengerusi Penaja Persatuan Pembeli Alam
Perdana, Mohd. Jais Abd. Rashid setelah menerima desakan pembeli yang
sudah jemu dengan pelbagai alasan dan sikap berdolak-dalik pemaju.
"Rumah impian kami yang dijanjikan siap sepenuhnya sedangkan kami
terpaksa menanggung dan membayar hutang bank yang tinggi setiap bulan.
"Kami telah banyak kali menghubungi pemaju namun jawapan mereka amat
menghampakan dengan pelbagai alasan yang menyakitkan hati dan bukan lagi
janji manis seperti sebelum kami membeli rumah dulu.
"Jadi, kami
datang beramai-ramai ke pejabat pemaju bagi mendapatkan kedudukan
sebenar mengenai projek berkenaan," katanya ketika ditemui selepas
mengadakan pertemuan dengan wakil pemaju yang juga Pengerusi Eksekutif
Syarikat Prima Utilities Berhad, Datuk Nik Ezar Nik Bolia.
Dalam
memorandum itu, mereka menyatakan rasa tidak puas hati dengan pemaju
yang gagal menyiapkan rumah sepenuhnya sehingga lewat tiga tahun.
Pembeli juga memberi amaran keras kepada pemaju untuk mengambil
tindakan mahkamah sekiranya pemaju gagal menyambung kerja-kerja
menyiapkan rumah di Bandar Alam Perdana.
Pada perkembangan yang sama, menurut Mohd. Jais, pihaknya mewakili kira-kira 1,000 pembeli teraniaya.
Beliau berkata, pihaknya memberi tempoh sebulan kepada pemaju bagi
mencari kata pemutus mengenai projek perumahan terbengkalai.
Sementara itu, Nik Ezar pada sidang akhbar memberitahu, pemaju menyedari
masalah projek terbengakali dan kekecewaan dialami pembeli sejak
beberapa tahun lalu.
Menurutnya, projek rumah berkenaan
terbengkalai berpunca daripada masalah kekurangan wang dan kontraktor
bagi meneruskan projek oleh pemaju.
"Saya merupakan pengerusi
yang baru dilantik dan akan cuba sedaya-upaya menyelesaikan masalah ini
dengan membawanya ke mesyuarat lembaga pengarah
tidak lama lagi," jelasnya.
Dalam pada itu, beliau juga tertarik dengan cadangan daripada
pembeli supaya pemaju membeli balik kesemua rumah terbengkalai sebelum
menjualnya semula.
"Ia satu cadangan penyelesaian yang menarik
kerana kawasan Alam Shah 2 akan membangun pesat dalam tempoh lima tahun
lagi dan saya akan membawanya
ke mesyuarat tidak lama lagi," katanya.
sumber : http://aplikasi.kpkt.gov.my/akhbar.nsf/8521d968204e8b454825697400224ca6/dcf41ccb4a25bb0448257029000c58d0?OpenDocument
No comments:
Post a Comment