Friday, 4 April 2014

ARKIB : 28/04/2013
PRU-13: 2,500 pemilik rumah pangsa Alam Perdana terima kunci


NAJIB Tun Razak bergambar bersama sebahagian penerima kunci di Majlis Penyerahan Kunci Projek Perumahan Terbengkalai Bandar Alam Perdana, Kuala Selangor hari ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHARANI SAIBI

 ORANG ramai tidak melepaskan peluang bersalaman dengan Najib Tun Razak semasa tiba bagi menghadiri Majlis Penyerahan Kunci Projek Perumahan Terbengkalai Bandar Alam Perdana, Kuala Selangor hari ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHARANI SAIBI


KUALA SELANGOR 28 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kunci kepada 2,500 pemilik rumah pangsa di Bandar Alam Perdana, di sini hari ini.
Penyerahan itu dibuat selaras dengan komitmen Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) menyediakan perumahan untuk rakyat termasuklah mengambil alih semula projek-projek terbengkalai melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Yang hadir sama pada majlis penyerahan kunci itu ialah Pengerusi SPNB, Datuk Idris Haron dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar merangkap Timbalan Pengerusi BN Selangor dan Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed.
Selain itu, turut hadir calon BN di Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim dan tiga calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen itu iaitu Datuk Amiruddin Setro (Jeram), Jakiran Jacomah (Bukit Melawati) dan K.R Parthiban (Ijok).
Projek yang terbengkalai sejak pembinaannya bermula pada 2002 berjaya disiapkan tahun lalu dan telah memperoleh Sijil Layak Menduduki (SLM) pada Disember 2012 - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment