LPHS bantu pembeli rumah
RUWAIDA MD ZAIN
12 Julai 2013
![]() |
Mohd Jais (tiga,kiri) dan Amiruddin (empat, kiri) bersama pembeli rumah teres satu dan dua tingkat Projek Perumahan Alam Perdana di SUK selepas mengadakan pertemuan dengan LPHS semalam |
SHAH ALAM – Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) berjanji
membantu pembeli rumah teres satu dan dua tingkat di Bandar Alam
Perdana, Kuala Selangor sehingga mereka berjaya menduduki rumah
berkenaan.
Wakil pembeli, Kapten (B) Amirrudin Abdullah berkata, Ketua Pengarah Eksekutif LPHS, Norzaton Aini Mohd Kassim memberitahu masalah utama adalah sistem pembetungan tidak mengikut spesifikasi di mana Syarikat
Perumahan Negara Berhad (SPNB) bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.
Menurutnya, LPHS juga berjanji akan memaklumkan kemajuan dan perkembangan projek tersebut sehingga setiap pembeli menerima kunci rumah masing-masing seperti dijanjikan.
“LPHS berjanji tindakan akan diambil secepat mungkin tanpa memberikan tempohnya kerana semua masalah ini hanya terletak pada Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) sahaja.
“Sekiranya SPNB boleh menyelesaikan isu tersebut maka LPHS akan mengambil tindakan secepat mungkin untuk menyerahkan rumah-rumah itu kepada pembeli, itu janji asas yang dijanjikan oleh beliau (Norzaton),” katanya semalam.
Bagaimanapun katanya, Norzaton meminta agar diberikan masa memandangkan beliau baru dua minggu mengambil alih tugas itu dan akan mengadakan perbincangan dengan IWK berhubung perkara tersebut.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Amiruddin berkata, pembeli kesal kerana sehingga kini pihak bertanggungjawab gagal menyelesaikan projek perumahan yang terbengkalai lebih 10 tahun itu.
“Tidak kira siapa yang mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri, projek tersebut sepatutnya ada kesinambungan dan jalan penyelesaian.
“Saya lihat tiada usaha menyelesaikan perkara ini. Ada yang katanya saya masih baru, saya tidak tahu dan tersebut, akan siasat. Rumah murah 2,500 unit sudah selesai, yang ini sahaja 1,114 unit rumah, itu tidak termasuk dengan pembeli tanah banglo,” katanya.
Seorang pembeli, Abdul Rashid memaklumkan bahawa sistem pembetungan perumahan itu dikawal selia oleh LPHS, manakala SPNB dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) merupakan dua kontraktor yang bertanggungjawab ke atas projek tersebut.
Dia mendakwa, PNSB menimbulkan masalah dan keraguan mengenai kos kerana SPNB membaik pulih rumah tanpa sebarang kos pada pembeli.
“SPNB menyiapkan 2,500 rumah kos rendah tanpa sebarang bayaran dan Surat perjanjian Jual Beli (S&P), tiada bayaran tambahan, tiada bayaran peguam, tiada bayaran stamp duty. Tetapi PNSB surat kepada pembeli rumah teres supaya tandatangan surat perjanjian baru, bayaran peguam, stamp duty dan sebagainya.
“Ada yang sudah tandatangan S&P baru tetapi dijanjikan dua hingga tiga bulan dapat kunci, sampai sekarang pun tidak dapat. Ini belum selesai sejak 18 bulan. Sepatutnya kami sudah terima kunci pada Januari 2012 tetapi sampai sekarang belum dapat,” katanya.
sumber : http://www.karangkraf.com/lphs-bantu-pembeli-rumah-1.181704

No comments:
Post a Comment