Posted by
izali |
3:29 PG

SHAH ALAM, 27 Nov – Kerajaan Selangor perlu membelanjakan hampir RM120
juta untuk mengambil alih tanah seluas 900 ekar di Bandar Alam Perdana,
Kuala Selangor, susulan kegagalan pemaju menyiapkan projek perumahan
itu sejak tahun 2000.
Kos itu melibatkan pengambilalihan 392 ekar
tanah bernilai RM52juta untuk pembinaan 2,500 unit rumah kos rendah
(KRK), tanah untuk pembinaan kolam tadahan air hujan (tangki air) seluas
294 ekar bernilai RM39.1 juta dan tanah untuk pembinaan Loji Rawatan
Kumbahan seluas 214 ekar bernilai RM28.4 juta. Kesemua kos berjumlah
RM120 juta ini terkandung dalam cadangan penyelesaian oleh Kerajaan
Negeri.
Kerajaan Selangor juga perlu mengeluarkan sejumlah
peruntukan lain untuk membina infrastruktur bagi kemudahan dan menjamin
keselesaan penduduk. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
berkata, projek perumahan terbengkalai bukan saja menyusahkan pembeli
tetapi juga menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa menanggung kerugian.
Oleh
kerana inilah, Kerajaan Negeri Selangor lebih berhati-hati dalam
meluluskan sebarang projek perumahan bagi mengelak masalah ini terus
berlaku. Kita hanya meluluskan projek perumahan jika pemaju mempunyai
rekod baik. Pemaju perumahan yang bermasalah disenarai hitam dan tidak
dibenarkan terlibat dalam projek pembangunan di Selangor,” katanya
selepas mengadakan dialog dengan hampir 500 pembeli rumah Bandar Alam
Perdana di Stadium Tertutup Kuala Selangor, semalam.
Menteri
Besar berkata, pengambilalihan tanah dari pemaju terpaksa dilakukan
kerana pemilik tanah telah menyerahkan secara sah untuk dibangunkan
dengan projek perumahan Projek Bandar Alam Perdana melibatkan projek
pembangunan rumah kos rendah dan rumah teres telah terbengkalai sejak
tahun 2002.
Walaupun projek ini diluluskan Kerajaan Negeri ketika
itu, status tanah belum ditukar dari tanah pertanian kepada
pembangunan. Kerajaan Selangor pada 24 Ogos 2009 telah bersetuju memberi
kelulusan dasar kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
mengambil alih projek terbengkalai itu tetapi urusan dan kos pengambilan
tanah perlu ditanggung Kerajaan Negeri.
Projek pemulihan rumah terbengkalai ini dijangka siap pada Oktober tahun depan.
No comments:
Post a Comment