Friday, 11 April 2014


PENGELUARAN PERUMAHAN FLEKSIBEL

A. TUJUAN
1. Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan
dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan
pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.
2. Konsep atau kemudahan Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah bertujuan untuk memanfaatkan nilai
simpanan/caruman KWSP sedia ada dan masa hadapan dalam pertimbangan pemberian pinjaman oleh
pihak Institusi Kewangan.
3. Berdasarkan konsep ini, caruman bulanan kepada KWSP dianggap sebagai pendapatan. Dengan ini, ahli
boleh mendapat jumlah pinjaman yang lebih tinggi kerana penilaian kredit (credit assessment) ke atas
pendapatan bersih turut mengambilkira caruman KWSP (bahagian pekerja dan majikan). Oleh yang
demikian, ahli boleh membeli / membina rumah yang lebih tinggi harganya kerana ini boleh melayakkan
mereka mendapat pinjaman yang lebih tinggi untuk membiayai pembelian / pembinaan rumah.


B. PERMOHONAN PENGELUARAN PERUMAHAN FLEKSIBEL

B1. SYARAT‐SYARAT KELAYAKAN ‐ PERMOHONAN PENGELUARAN PERUMAHAN FLEKSIBEL
1. Syarat‐Syarat Asas:
a. Kelayakan untuk memohon kemudahan Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah tertakluk kepada
kelayakan ahli memohon Pengeluaran Membeli/Membina Rumah di bawah Pengeluaran Perumahan
KWSP sedia ada.
b. Pemohon merupakan seorang pembeli / membina rumah dan mengambil pinjaman perumahan.
c. Hanya satu (1) unit rumah yang boleh dibuat pada satu‐satu masa, tertakluk kepada kelayakan
pengeluaran perumahan.
d. Tempoh minimum simpanan satu (1) tahun.
e. Tempoh maksimum tertakluk kepada tarikh akhir pinjaman perumahan atau tarikh akhir hadangan
simpanan atau umur 55 tahun (yang mana terdahulu).
2. Kewarganegaraan:
a. Warganegara Malaysia; ATAU
b. Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara
sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU
c. Bukan warganegara Malaysia yang mendapat taraf Penduduk Tetap (PR).
3. Umur:
Belum mencapai umur 54 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP.
4. Harta Dan Pinjaman:
a. Membeli sebuah rumah kediaman (jenis banglo/ teres/ berkembar/ apartmen/ kondominium/ ‘studio
apartment’/ ‘service apartment’/ ‘townhouse’/ SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman; ATAU
b. Membina sebuah rumah kediaman/rumah kampung di atas tanah milik sendiri atau milik suami/isteri;
DAN
c. Mengambil pinjaman perumahan bagi tujuan membeli / membina rumah dengan mana‐mana Institusi
Kewangan yang diluluskan.
KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
Anda tidak layak sekiranya:
i. Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
ii. Mengubahsuai, membaiki/membuat kerja‐kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
iii. Membeli/membina rumah di luar negara
iv. Mengambil pinjaman berbentuk overdraf atau bagi tujuan pembiayaan semula (refinancing)
5. Amaun Hadangan Simpanan & Pindahan Yang Dipohon:
a. Amaun yang dipohon tidak boleh melebihi Amaun Pinjaman Perumahan.
b. Pindahan simpanan Akaun 2 yang dipohon boleh dibuat seperti berikut:
i. Pindahan simpanan sedia ada daripada Akaun 2 dan pindahan bulanan (mengikut amaun tetap
yang dipohon oleh ahli); ATAU
ii. Pindahan bulanan (mengikut amaun tetap yang dipohon oleh ahli) sahaja.
c. Pindahan Amaun tetap bulanan tidak boleh diubah dan akan kekal mengikut amaun yang telah dipilih
semasa memohon.
B2. CARA MEMOHON PENGELUARAN PERUMAHAN FLEKSIBEL
1. Mendapatkan pengesahan pihak Institusi Kewangan mengenai maklumat pinjaman, pembelian /
pembinaan rumah dan hadangan simpanan bagi tujuan Pengeluaran Perumahan Fleksibel.
2. Serahan permohonan melalui Institusi Kewangan.
3. Pengeluaran Perumahan Fleksibel mestilah dipohon bersama‐sama dengan:
a) Pengeluaran Membeli / Membina Rumah, ATAU
b) Pengeluaran Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman
4. Keperluan dokumen adalah seperti di Jadual 1:
Jadual 1: Senario Kelayakan Dan Keperluan Dokumen
Permohonan Kali Pertama
Bil Status Pengeluaran Dokumen Yang Diperlukan
1 Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran
Membeli/Membina Rumah atau Mengurangkan
Baki Pinjaman Perumahan
a) Pengeluaran Membeli / Membina Rumah
i) Borang KWSP 9C(AHL)
ii) Surat Pengesahan Pinjaman Bank
b) Pengeluaran Perumahan Fleksibel
i) Borang KWSP 9Q(1)
2 Ahli pernah membuat Pengeluaran
Membeli/Membina Rumah atau Mengurangkan
Baki Pinjaman Perumahan TETAPI telah hilang
pemilikan rumah tersebut
a) Pengeluaran Membeli / Membina Rumah
i) Borang KWSP 9C(AHL)
ii) Surat Pengesahan Pinjaman Bank
iii) Dokumen / Bukti Hilang Pemilikan Harta
b) Pengeluaran Perumahan Fleksibel
i) Borang KWSP 9Q(1)
3 Ahli pernah membuat Pengeluaran
Mengurangkan Baki Pinjaman Membantu
Pasangan dan / atau Pengeluaran Ansuran
Bulanan Pinjaman Perumahan
a) Pengeluaran Membeli / Membina Rumah
i) Borang KWSP 9C(AHL)
ii) Surat Pengesahan Pinjaman Bank
b) Pengeluaran Perumahan Fleksibel
i) Borang KWSP 9Q(1)
Bil Status Pengeluaran Dokumen Yang Diperlukan
4 Ahli pernah membuat Pengeluaran
Membeli/Membina Rumah atau Mengurangkan
Baki Pinjaman Perumahan
Ahli tidak layak untuk membuat Pengeluaran
Perumahan Fleksibel
Permohonan Kali Kedua Dan Seterusnya
Bil Jenis Harta Dokumen Yang Diperlukan
1 Harta yang sama a) Pembatalan Pengeluaran Perumahan Fleksibel
i) Borang KWSP 9Q(2)
b) Pengeluaran Mengurang / Menyelesaikan Baki
Pinjaman Rumah
i) Borang KWSP 9C(AHL)
ii) Surat Pengesahan Baki Pinjaman Bank
c) Pengeluaran Perumahan Fleksibel
i) Borang KWSP 9Q(1)
2 Harta yang berbeza a) Pengeluaran Membeli / Membina Rumah
i) Borang KWSP 9C(AHL)
ii) Surat Pengesahan Pinjaman Bank
iii) Dokumen / Bukti Hilang Pemilikan Harta
b) Pengeluaran Perumahan Fleksibel
i) Borang KWSP 9Q(1)
B3. BAGAIMANA DENGAN AMAUN HADANGAN SIMPANAN YANG TELAH DIBUAT
1. Apabila hadangan simpanan telah dibuat, ahli tidak boleh menggunakan simpanan/caruman dalam Akaun
Pengeluaran Perumahan Fleksibel berkenaan bagi tujuan pengeluaran perumahan, pendidikan, kesihatan
dan pengeluaran umur 50 tahun. Bagaimanapun, simpanan/caruman yang tidak dihadang dalam Akaun 2
masih boleh digunakan bagi tujuan yang dibenarkan di bawah Akta KWSP 1991 seperti pengeluaran
perumahan, pendidikan, kesihatan dan pengeluaran umur 50 tahun.
2. Amaun dalam Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel tidak akan diserahhak (assign) kepada Institusi
Kewangan. Amaun tersebut masih milik ahli dan di bawah kawalan KWSP.
3. Simpanan dalam Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel masih menerima dividen tahunan.
Bagaimanapun, dividen tahunan berkenaan akan dikreditkan ke Akaun 2 ahli.
4. Amaun hadangan simpanan di dalam Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel akan dilepaskan sekiranya:
a. Ahli telah mencapai umur 55 tahun; ATAU
b. Ahli membuat pengeluaran kesemua simpanan iaitu Pengeluaran Meninggalkan Negara ,Pengeluaran
Hilang Upaya dan Pengeluaran Pekerja Berpencen; ATAU
c. Waris/Penama ahli membuat Pengeluaran Kematian


C. PEMBATALAN PENGELUARAN PERUMAHAN FLEKSIBEL
C1. SYARAT‐SYARAT KELAYAKAN PEMBATALAN PENGELUARAN PERUMAHAN FLEKSIBEL
1. Tempoh hadangan simpanan bagi tujuan Pengeluaran Perumahan Fleksibel telah melebihi satu (1) tahun;
DAN
2. Mendapat persetujuan dan kebenaran pihak Institusi Kewangan
C2. CARA MEMOHON PEMBATALAN PENGELUARAN PERUMAHAN FLEKSIBEL
1. Menggunakan Borang Pembatalan Pengeluaran Perumahan Fleksibel ‐ KWSP 9Q(2) yang boleh diperolehi di
Institusi Kewangan.
2. Mendapatkan persetujuan dan kebenaran pihak Institusi Kewangan untuk permohonan pembatalan.
3. Serahan permohonan melalui Institusi Kewangan.
4. Keperluan dokumen adalah seperti di Jadual 2:
Jadual 2: Senario Kelayakan Dan Keperluan Dokumen
Bil Jenis Pembatalan Dokumen Yang Diperlukan
1 Pembatalan sahaja a) Pembatalan Pengeluaran Perumahan Fleksibel
i) Borang KWSP 9Q(2)
2 Pembatalan+Pengeluaran a) Pembatalan Pengeluaran Perumahan Fleksibel
i) Borang KWSP 9Q(2)
b) Pengeluaran Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman
i) Borang KWSP 9C(AHL)
ii) Surat Pengesahan Baki Pinjaman Perumahan
3 Pembatalan + Pengeluaran +
Permohonan Semula
Pengeluaran Perumahan
Fleksibel
(untuk harta yang sama)
a) Pembatalan Pengeluaran Perumahan Fleksibel
i) Borang KWSP 9Q(2)
b) PengeluaranMengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman
i) Borang KWSP 9C(AHL)
ii) SuratPengesahan Baki Pinjaman Perumahan
c) Permohonan Pengeluaran Perumahan Fleksibel
i) Borang KWSP 9Q(1)


D. PERTANYAAN
Jika anda mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai Pengeluaran Perumahan
Fleksibel, sila hubungi:
• Mana‐mana cawangan KWSP yang berhampiran
• Pusat Pengurusan Panggilan KWSP. Tel: 03‐8922 6000.
•     Maklumbalas Pelanggan :http://enquiry.kwsp.gov.my
Sila nyatakan nombor Kad Pengenalan anda atau nombor ahli KWSP apabila berurusan dengan KWSP.


Ada Keutamaan Kami


Disediakan : Ogos 2010

sumber : http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/178679/Risalah_Perumahan_Fleksibel__Ogos_2010_.pdf

1 comment:

  1. Hati-hati di sini. Tidak ada yang dapat membantu Anda di sini atau bahkan menyarankan bagaimana Anda bebas untuk mendapatkan bantuan keuangan. Setiap jawaban dari pemberi pinjaman kredit atas pertanyaan Anda, Anda harus mengabaikan, karena Mereka Apakah Penipuan ... penipuan yang nyata ... saya adalah korban yang saya robek Ribuan dolar ... baik terima kasih Tuhan untuk saudara Kristen yang dimaksud saya untuk sebuah organisasi pinjaman yang dibentuk oleh beberapa Ibu Clara, claraloans@financier.com.
    Mereka membuat hidup saya yang berharga dan memberikannya makna. Ketika adik memberiku semata-mata untuk Untuk kontak lebih lanjut, saya menghubungi dia. Mereka menyetujui pinjaman sebesar $ 75.000,00 USD dan dalam 48 jam setelah bertemu semata-mata untuk orang lanjut Untuk melawan persyaratan, pinjaman saya disimpan di rekening bank saya tanpa agunan. Saya akan menyesal Total hidupku, Karena pada titik waktu saya hanya bercerai ayah dari anak saya, dan anak saya (Ridwan) dihadapkan dengan situasi hidup dan mati. Jangan ragu untuk menghubungi via Email: Claraloans@financier.com. Untuk pertanyaan lebih lanjut. hubungi saya via: Yunitanurudeen@gmail.com

    ReplyDelete